Tuesday, December 29, 2015

Bantal ni boleh dibutangkan dekat bahagian dalam jugak eh..so 2 in1 lah kan..lepas tu tempat lapisan tengah tu memang ad bercorak..lagi crowded dari bahagian luar sleeping bag tu..tapi yang penting semua kain lapisan tu dilapiskan dengan kain PVC ..kain PVC yang biasa orang buat payung tu..so that bila hujan air takkan masuk dalam sleeping bag tu.

Ha  so inilah bahagian depan sleeping bag ni..lepas tu bantal tu dibutang kan dekat bahagian dalam..bantal tu boleh dibutangkan kedalam atau ke luar dari sleeping bag tu.
Ha okay..now nak jahit butang katup pulak untuk letak bantal kecik yang comel tu ..butang katup ni boleh digunakan untuk bahagian luar dan bahagian dalam untuk bantal..so Watch Out!butang katup ni senang je nak jahit..jahit guna tangan je..so makesure lah butang tu centre and selari dengan bantal so that tak berlari perletakan bantal tu nanti..jahit butang tu dekat bantal and dekat bahagian dalam sleeping bag.


Yeahh Nampak tak dahan yang merimbun tu hihi..ha macam tu lah nanti kain tu akan dipotong ikut saiz dahan lpas tu letak dekat bawah burung2 tu semua.So dahan tu memang akan guna kain yang sama untuk semua dahan..so before nak letak kain dahan tu..lukiskan tu samar2..so that nanti tak teragak2 nak letak kain tu dekat mana kan..haa lagi senang macam tu..kerja pun siap cepat hahah
Kain bercorak ni nak guna untuk nak buat dahan2 pokok untuk burung2 tu bertenggek..nasib kain ni macam masuk je dengan kain background..so kain ni nanti akan digunting ikut bentuk tampal lepas tu tepek je atas kain tu..
Sampai part zip je macam lemah sebab susahnya nak jahit zip sebab ad span kan..tp pape pun zip tu dah bercantum dekat atas kain and span tu..kita guna zip biasa sebab nak nampakkan kelainan sikit instead of saya guna zip plastic yang memang untuk sleeping bag tu..inovatif kan..hahaha,zip tu saya jahit setengah je pada sebelah kiri so nanti senang nak zip..okay..proses yang seterusnya..jom tengok!
Okay lepas dah masukkan span..masukkan span bahagian depan dan belakang tu,lubang span tu mestilah nak kena jahitkan nak tutup lubang tu..guna jahitan biasa je..cantumkan bahagian tepi dengan bahagian bawah..bahagian atas jangan pulak disambung sebab nnti kepala takboleh nak keluar..hahaha
Okay masa nak buat produk ni span tu kena belah dua dulu sebelum nak jahit masuk sleeping bag..potong dua ikut ukuran saiz sleeping bag yang kita nak buat tu..so that nanti bila masuk dalam sleeping bag span tu akan jadi ngamngam je dengan kain between span..ha span ni semester pun dah cukup kalau nak buat sleeping bag saiz budak2..sebab span tu besar.

Sunday, December 27, 2015

Proses patch dan jahit kain bercorak atas kain kapas yang plain..jahit menggunakan teknik jahitan kuku kambing..kain ini akan dijahit pada bahagian dalam sleeping bag..bahagian luar sleeping bag akan dijahit juga kain bercorak,bahagian dalam juga akan ditampal kain bercorak.Kain ini akan dijahit diatas span yang diletak kain PVC.
Ini adalah kain PVC yang akan digunakan bagi bahagian atas dan bahagian bawah..tujuan penggunaan kain PVC ni so that bila hujan nak camping air hujan takkan masuk dalam sleeping bag tu.Kain PVC akan diletakkan dibahagian bawah dan atas..dekat atas kain PVC tu saya akan cantumkan kain kapas yang bercorak.dan jahitkan zip dibahagian tepi sleeping bag tersebut.
Ini adalah span yang akan digunakan bagi melekatkan antara kain PVC dan kain kapas,span akan diletakkan diantara kain tersebut supaya sleeping bag tersebut macam ada bantal dan selesa nak baring.Span akan dijahit diatas dan dibahagian bawah.

Tuesday, December 8, 2015

So inilah macam mana burung ni akan disusun ,bentang kain base tu besar2..kain base tu kena ukur dulu ukuran sleeping bag..so nanti takdalah design yang dijahit tu membazir je kena potong kan..tapi sebelum susun tu kena jahit dahan dulu..dahan tu tak menggunakan kain tapi menggunakan jahitan mesin..jahitan khas mesin hyang bercorak ,bila dah jahit dahan baru atur burung tu lepas tu peniti and then jahit burung tu..nak jahit burung tu ada jenis jahitan tu bukan guna jahitan biasa..so that corak tu nanti boleh timbul lah kan..Ni secara samar je susun sebab nak bagi Nampak flow design tu macam mana..bila dah ada dahan and burung dah ada paruh semua then barulah burung tu boleh dicantum atas kain base tu..lepas tu kain tu boleh jahit dah atas sleeping bag tu..so next adalah untuk potong kain untuk bahagian dalam sleeping bag !Nantikan !
I'm back ! okay ni selepas bila trace semua pattern ni and dah gunting baru lah macam susun susun atur kan mana nak letak kain kain yang dah digunting tu semua..lain lain pattern so that akan ada banyak banyak and pelbagai bentuk dan corak yang dapat patch atas base kain tutakdalah terhad sangat..so hopefully bila dah patch banyak2 kain bercorak ni..sleeping bag ni akn Nampak lagi menarik perhatian.So untuk bahagian depan sleeping bag ni..nak buat ala2 nature gitu..so susun pun kena ikut alur..nak buat macam ada dahan lepas tu burung2 tu semua bertenggek ats dahan tu..burung tu sebenarnya belum siap lagi,sebab burung tu akan ada paruh dan mata..tu yang tak Nampak macam burung tu,tu Nampak macam ikan pun ada..hahaha.. ha,bila dah susun2 semua tu baru lah boleh peniti supaya kain tu tak bergerak and design yang kita nak jahit tu akan stay je dekat mana yang sepatutnya dijahit.Untuk sleeping bag ni saya tak guna teknik batting,alaa teknik yang untuk tebalkan tu macam lapik..sebab sleeping bag tu dah tebal and berspan..so saya akan jahit je atas kain base and then bila dah cantum barulah jahit lagi sekali atas sleeping bag tu..don't worry,step step tu semua saya akan update dalam blog ni semasa proses dilakukan as soon as possible !
Okay,before nak potong tu nak kena lukis dulu corak apa yang kita nak atas kertas..lepas tu gunting kertas tu ikut shape yang kita nak,dah siap gunting letak pattern tu tadi atas kain yang kita nak guna.Ha bentanglah kain tu sebesar2 alam,senang nak gunting .Dah letak pattern tu atas kain peniti kan kertas tu so that bila nak gunting pattern tu tak bergerak gerak and tak terlari bila gunting dan cepat takdalah terkial-kial nak betulkan kan masa nak gunting tu..and yang paling penting!makesure masa nak gunting kain tu ,gunting tu jangan diangkat sebab nanti saiz dia akan jadi lain sikit tak ikut shape...ha..ni baru proses pertama..gunting semua pattern ikut pola yang kita dah buat..senang nanti trus peniti kan dan jahit..selamat mencuba !

Monday, December 7, 2015

Sebelum nak potong tu ambil gambar kain dulu masuk blog hahaha..ini adalah antara kain yang saya akan gunakan nak buat patchwork nanti..memandangkan tema nak buat tu macam nature sikit sleeping bag tu so kita buat ala ala nature lah kan base dia memang nak guna warna yang ke arah nature sikit tu yang pilih warna hijau mint so nantiadalah burung2 sikit nak jahit atas tu ala2 nature,tu yang sebelum nak potong nak kena ukur dulu trace dulu ikut ukuran sebab nanti kalau tak ikut ukuran takut nanti nak patch tak dapat saiz yang sama and pattern tu semua akan berterabur dan lari..cute2 sikit,untuk bahagian depan sleeping bag kain kapas bercorak dekat atas ni akan digunakan..tapi untuk bahagian dalam sleeping bag kain bercorak lain akan digunakan,so nantikan saya update blog ye !

Saturday, December 5, 2015

Jeng jeng jeng! Ha ni lah moodboard yang saya hari tu nak kena buat,macam ni lah hasilnya..takdalah menarik macam yang saya google tu hehe tapi saya dah cuba sebaik mungkin ha samapi terpotong jari ni hahaha..satu adalah moodboard berdasarkan organisasi patchwork tu dan lagi satu tu moodboard saya atau ideation saya sendiri..yang penting kena ada skema warna barulah Nampak menarik sikit warna warni..

Wednesday, December 2, 2015


Macam ni lah nanti rupa moodboard yang kitorg akan buat,ada skema warna,ada banyak gambar ada description ,ada sketches sikit nak bagi nampak menarik,ada material yang kita nak guna semua..So lepas ni saya akan update pulak gambar moodboard hasil dari tangan saya hihi,harap harap menjadilah ye..sebabnya siapa punya moodboard yang paling menarik akan ada hadiah menanti so tak sabar pulak rasa nak buat moodboard ni..berkobar-kobar oiii...
   

Monday, November 30, 2015

Bila dah jumpa dengan Kak Zue tu,dah belajar semua step2 ,so bolehlah start dengan final projek nak buat patchwork ni kan.Sebelum nak jahit ni kain harus dibeli dulu..haa takda kain macam mana nak menjahit kan..Oh sebelum terlupa..sebelum menjahit kena siapkan moodboard dulu,dah dibagi tugasan untuk buat moodbaord berdasarkan organisasi and juga moodboard untuk idea kita sendiri. Ha barang2 nak buat moodboard macam biasalah,gam,gunting,mountingboard,gambar2 yang nak dilekat tu semua,jenis2 material yang kita gunakan.Kain ni salah satu material yang akan saya gunakan so saya akan letak dalam moodboard tu.Ha mesti ramai nak tahu ni kain apa kan,ha ni kain kapas..lagi senang nak tahu kan kain kapas ni biasa kain yang baby2 selalu pakai..kain ni tak panas so kalau nak buat selimut memang sesuai sangat sejuk ..

Sunday, November 29, 2015

Tuesday, November 24, 2015

Ha hari tu ada jumpa kakak yang buat patchwork ni,saya belajarlah macam mana nak buat patchwork..material yang digunakan macam mana nak potong ukur bagai..ha macam ni lah hasilnya patchwork tu,nampak senang tapi sebenarnya banyak step2 yang nak dibuat hehe..so untuk patchwork saya,saya akan jadikan patchwork dia as saya punya inspirasi..so lebih kurang patchwork tu akan ada pattern macam ni..

Tuesday, October 20, 2015






Gambar yang dekat atas tu semua jenis2 sulaman atau sulaman yang disulam menggunakan mesin nak bagi timbulkan sesuatu design tu.Disulam mengikut rekacorak atau shape corak tu..

Double Corner


Kak Zue membuat dan menjahit double corner dekat selimut tampal cantum tu.So dekat selimut tu ada dua corner atau bucu yang bertingkat sebab nak bagi design tu lagi banyak warna dan menarik.

Kain Tafeta Velvet
Kain Flannel

Assalammualaikum...haa hari ni nak cerita pasal kain atau material yang diguna kalau nak buat selimut tampal cantum yang pelbagai ni.Antara jenis kain yang diguna dan boleh diguna adalah seperti kain flannel,kain tafeta velvet,kain cotton,kain heavy cottn,kain satin,kain terry,kain tuala dan banyaklah lagi kain yang kita boleh guna.Ini antara kain yang digunakan oleh Kak Zue ni untuk hasilkan selimut tampal cantum yang menarik untuk kanak-kanak mahupun untuk yang dewasa.Haa kain flannel mesti ramai yang tak tahu itu kain apa tapi sebenarnya kain flannel tu adalah kain Felt.Kain felt ni sebenarnya kain yang diperbuat daripada wool yang tanpa ditenun atau dalam kata lain kain ni tak dijahit.Ada juga kain jenis ni yang dari jenis polyester.Biasanya ramai yang akan guna kain jenis ni sebab kain ni ada macam-macam warna yang boleh buat orang rambang mata.Sebab tu ramai orang buat barang budak-budak guna kain jenis ni.Bukan takat banyak warna tapi kain ni pun senang nak jahit...takpayah jahit pun takpa,boleh je gam je kain ni sebab kain ni senang nak handle sebab ada pelbagai jenis saiz dan ketebalan so kalau nak jahit pun kain ni tak bergerak.Yang paling orang suka guna sebab takpayah susah susah nak pergi hantar jahit tepi dekat kedai sebab kain ni tak berbulu langsung.Yang pasti basuh dulu kain tu sebelum guna.Kain tafeta velvet ni pulak macam kain baldu tapi sekarang banyakl dikenali sebagai kain yang diperbuat daripada kapas,velour,beludru dan kordoroi. Kain yang lain digunakan adalah kain jenis cotton..kain jenis cotton ni memang banyak..kita ada heavy cotton or cotton yang biasa,cotton yang licin bagai tu..tapi kalau nak sesuai buat produk macam ni heavy cotton atau cotton biasa tu lebih sesuai.Kain terry tu pulak kain yang biasa orang buat sweater,alaa baju sweater yang kita beli untuk panaskan badan tu..haa macam tu lah kain terry.Last sekali kain tuala..kain tuala tu macam kain tuala mandi yang kita guna hari-hari dekat rumah tu.Ha kain2 tu nanti saya update dalam blog ni okay..

Tuesday, October 13, 2015

Patchwork blanket untuk bayi ..

Okay,selain daripada patchwork blanket yang besar tu..Kak Zue turut membuat selimut cantum untuk bayi.Selimut bayi dibuat sebanyak tiga lapisan sebab lebih selesa untuk bayi kalau benda tu lebih tebal.So dalam gambar ni merupakan bahagian 'top' sebelum dilapiskan dengan kain lain.Bahagian 'top' ni Kak Zue menggunakan pelbagai jenis kain yang berwarna dan pelbagai bentuk sebab bayi lebih tertarik pada warna dan bentuk.Haa lepas permukaan 'top' tu dah siap ia harus diseterika bagi licin dulu ha sebab nak start buat teknik 'basting' iaitu teknik jelujur untuk 3layer yang akan membentuk selimut bayi ni.Bila dah selesai basting,teknik 'top stitch' boleh dimulakan bagi nak cantumkan lapisan tu..penjuru antara penjuru selimut tu mestilah dijahit.Cara cara proses melapis selimut :
  • Letakkan sehelai kain dekat bawah quilt bottom tudengan muka luar menghadap ke bawah
  • Letakkan batting atas lapisan 1 .(batting dikenali sebagai fiber keping)
  • Letakkan muka diatas quilt top di atas 'batting'
  • Lihat gambar betul betul..lepas tu pastikan saiz bottom lagi besar dari dengan 'batting' manakala saiz 'batting' tu kena lagi besar dari saiz 'top'
  • Lepas tu barulah boleh mula jahit jelujur atau 'basting'
  • Last sekali bolehlah akhirkan dengan 'top stiching'

Proses (teknik basting) sebelum memulakan "Top Stich' di atas kain..


Ini proses sebelum menjahit ,haa teknik ni dipanggil sebagai teknik basting.Haa mesti ramai tak tahu apa itu teknik basting.Teknik basting atau dalam kata lain ia dikenali sebagai jahit jelujur.Jahit jelujur tu adalah jahitan sementara yang digunakan bagi menahan kain tersebut bergerak atau berlari dari ukuran yang dah ditetapkan dan lebih memudahkan untuk menjahit sebab kain tu tak berlari.jahitan ini boleh dibuka sebaik saja jahitan kekal atau teknik top stiching tu dah dijahit atas permukaan kain tu masa nak cantumkan kain .Haa selepas dah basting barulah jahitan "topstich" boleh dimulakan .

Teknik "Top Stiching" bagi mencantumkan kain..

Selepas dijahit dan dicantum maka jadilah dan terhasil selimut patchwork..sampai sakit belakang Kak Zue jahit selimut ni...masih menggunakan teknik "top stich' pada kain cantuman tersebut .Kak Zue menggunakan pelbagai jenis corak fabrik bagi menghasilkan selimut yang mempunyai corak yang menarik. Oh..sebelum terlupa,ada satu tips sebelum nak mula jahit kain ni.Sebelum nak jahit atau potong,kain yang kita nak guna tu kita kena basuh dulu lpas tu jemur sampai kering ,lepas dah kering harus diseterika bagi kain tu licin dan tak berkedut,Semua step tu kena buat dulu sebelum potong atau jahit supaya kain yang kita nak jahit tu tak berkedut dan bila dan potong kain tu sama saiz ,dan yang paling penting supaya kain tu tak kecut nnti bila kita basuh sebab sebelum jahit tu kita dah basuh ..

Monday, October 12, 2015

Tips sebelum menjahit "Top Stitching"..


Teknik yang digunakan mnggunakan mesin jahit iaitu teknik "top stitching" . Teknik ini akan menjadi sedikit rumit kalau kita tidak meratakan kain tersebut.Kain yang nak dijahit dengan teknik ni mestilah diratakan dan sentiasa pastikan tak ada kedutan dekat setiap lapisan yang dilapis masa menjahit..takut takut nanti kain tu boleh terjahit sekali .,makanya kain tu kena ditetas balik .Patchwork yang digunakan dan dicantum diatas fabrik yang lain . Sebelum jahit kain harus dibasuh dan dipotong mengikut saiz yang kita nak jahit atas permukaan kain yang lain tersebut.

Patchwork Blanket yang telah siap dihasilkan ..


Ini adalah antara produk yang dihasilkan oleh Kak Zue iaitu selimut patchwork yang menggunakan corak ulangan .Gambar dibawah adalah teknik menyusun sebelum menjahit corak diatas kain tersebut bagi mendapatkan corak yang tepat dan sepadan .

Gambar sleeping bag dan gambar contoh kaedah yang akan digunakan iaitu kaedah patchwork yang menggunakan pelbagai jenis material ,warna dan juga corak .Sleeping bag yang hanya kelihatan kosong tidak bercorak kini akan di seri kan dengan kaedah patchwork yang akan ditambah pada sleeping bag tersebut . Patchwork yang menggunakan kain akan dijahit pada sleeping bag dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah yang akan diajar oleh sumber inspirasi saya iaitu Kak Zue . Sleeping bag ini akan dipenuhi oleh patchwork diluar dan didalam bahagian tersebut .Saya telah diajar beberapa jenis teknik bagi menghasilkan patchwork yang begini . Antara contoh teknik yang telah diajar akan saya uodate kan didalam blog ..

Ini adalah contoh sleeping bag yang akan digunakan bagi melengkapkan projek ini.

Tuesday, October 6, 2015

Antara contoh kaedah dan motif akan digunakan ..


Motif atau kaedah seperti ini yang akan digunakan bagi mencorakkan sleeping bag tersebut .
Biodata
Nama : Tengku Azuriyah binti Tengku Muhammad
Umur : 39 tahun
Alamat : No,24 jalan 3F,Taman Jati,Rawang
Jenis Perniagaan : Home base business(nametag,sulaman,patchwork,softoys)

Wednesday, September 30, 2015


Ilham yang diberi oleh seorang suri rumah(kak zue) yang hanya menjalankan homebase business,antara produk yang dihasilkan seperti di dalam gambar di atas .
Saya diberikan tugasan bagi mentransformasikan sleeping bag yang biasa menjadi sleeping bag yang menggunakan teknik patchwork...jadi..nantikan kemunculan sleeping bag yang telah diinovasikan..so stay tuned sebab selepas ini akan di update dengan banyak lagi informasi dan cara2 sehinggalah terhasilnya patchwork sleeping bag...
Apakah itu patchwork ?
Patchwork adalah seni menyusun dan menggabungkan kain aneka warna dan motif mengikut pola berulang atau menyusun secara berulang .Ia adalah seni yang membentuk gambar dari potongan kain dan ditampal diatas permukaan lain .Ia disempurnakan dengan teknik Quilts yang dilakukan diantara lembaran kain yang memiliki ukuran yang sama.Hasilnya akan jadi lebih kemas dan rapi yang memberikan ketebalan yang tersendiri .

Tuesday, September 29, 2015

sleeping bag, blanket of love

Hye im nurfatin jamaldin..please stay tuned for my new transformation sleeping bag and do follow me ..
Will be update as soon as possible