Tuesday, October 13, 2015

Patchwork blanket untuk bayi ..

Okay,selain daripada patchwork blanket yang besar tu..Kak Zue turut membuat selimut cantum untuk bayi.Selimut bayi dibuat sebanyak tiga lapisan sebab lebih selesa untuk bayi kalau benda tu lebih tebal.So dalam gambar ni merupakan bahagian 'top' sebelum dilapiskan dengan kain lain.Bahagian 'top' ni Kak Zue menggunakan pelbagai jenis kain yang berwarna dan pelbagai bentuk sebab bayi lebih tertarik pada warna dan bentuk.Haa lepas permukaan 'top' tu dah siap ia harus diseterika bagi licin dulu ha sebab nak start buat teknik 'basting' iaitu teknik jelujur untuk 3layer yang akan membentuk selimut bayi ni.Bila dah selesai basting,teknik 'top stitch' boleh dimulakan bagi nak cantumkan lapisan tu..penjuru antara penjuru selimut tu mestilah dijahit.Cara cara proses melapis selimut :
  • Letakkan sehelai kain dekat bawah quilt bottom tudengan muka luar menghadap ke bawah
  • Letakkan batting atas lapisan 1 .(batting dikenali sebagai fiber keping)
  • Letakkan muka diatas quilt top di atas 'batting'
  • Lihat gambar betul betul..lepas tu pastikan saiz bottom lagi besar dari dengan 'batting' manakala saiz 'batting' tu kena lagi besar dari saiz 'top'
  • Lepas tu barulah boleh mula jahit jelujur atau 'basting'
  • Last sekali bolehlah akhirkan dengan 'top stiching'

No comments:

Post a Comment