Tuesday, October 20, 2015

Assalammualaikum...haa hari ni nak cerita pasal kain atau material yang diguna kalau nak buat selimut tampal cantum yang pelbagai ni.Antara jenis kain yang diguna dan boleh diguna adalah seperti kain flannel,kain tafeta velvet,kain cotton,kain heavy cottn,kain satin,kain terry,kain tuala dan banyaklah lagi kain yang kita boleh guna.Ini antara kain yang digunakan oleh Kak Zue ni untuk hasilkan selimut tampal cantum yang menarik untuk kanak-kanak mahupun untuk yang dewasa.Haa kain flannel mesti ramai yang tak tahu itu kain apa tapi sebenarnya kain flannel tu adalah kain Felt.Kain felt ni sebenarnya kain yang diperbuat daripada wool yang tanpa ditenun atau dalam kata lain kain ni tak dijahit.Ada juga kain jenis ni yang dari jenis polyester.Biasanya ramai yang akan guna kain jenis ni sebab kain ni ada macam-macam warna yang boleh buat orang rambang mata.Sebab tu ramai orang buat barang budak-budak guna kain jenis ni.Bukan takat banyak warna tapi kain ni pun senang nak jahit...takpayah jahit pun takpa,boleh je gam je kain ni sebab kain ni senang nak handle sebab ada pelbagai jenis saiz dan ketebalan so kalau nak jahit pun kain ni tak bergerak.Yang paling orang suka guna sebab takpayah susah susah nak pergi hantar jahit tepi dekat kedai sebab kain ni tak berbulu langsung.Yang pasti basuh dulu kain tu sebelum guna.Kain tafeta velvet ni pulak macam kain baldu tapi sekarang banyakl dikenali sebagai kain yang diperbuat daripada kapas,velour,beludru dan kordoroi. Kain yang lain digunakan adalah kain jenis cotton..kain jenis cotton ni memang banyak..kita ada heavy cotton or cotton yang biasa,cotton yang licin bagai tu..tapi kalau nak sesuai buat produk macam ni heavy cotton atau cotton biasa tu lebih sesuai.Kain terry tu pulak kain yang biasa orang buat sweater,alaa baju sweater yang kita beli untuk panaskan badan tu..haa macam tu lah kain terry.Last sekali kain tuala..kain tuala tu macam kain tuala mandi yang kita guna hari-hari dekat rumah tu.Ha kain2 tu nanti saya update dalam blog ni okay..

No comments:

Post a Comment