Tuesday, October 20, 2015






Gambar yang dekat atas tu semua jenis2 sulaman atau sulaman yang disulam menggunakan mesin nak bagi timbulkan sesuatu design tu.Disulam mengikut rekacorak atau shape corak tu..

Double Corner


Kak Zue membuat dan menjahit double corner dekat selimut tampal cantum tu.So dekat selimut tu ada dua corner atau bucu yang bertingkat sebab nak bagi design tu lagi banyak warna dan menarik.

Kain Tafeta Velvet
Kain Flannel

Assalammualaikum...haa hari ni nak cerita pasal kain atau material yang diguna kalau nak buat selimut tampal cantum yang pelbagai ni.Antara jenis kain yang diguna dan boleh diguna adalah seperti kain flannel,kain tafeta velvet,kain cotton,kain heavy cottn,kain satin,kain terry,kain tuala dan banyaklah lagi kain yang kita boleh guna.Ini antara kain yang digunakan oleh Kak Zue ni untuk hasilkan selimut tampal cantum yang menarik untuk kanak-kanak mahupun untuk yang dewasa.Haa kain flannel mesti ramai yang tak tahu itu kain apa tapi sebenarnya kain flannel tu adalah kain Felt.Kain felt ni sebenarnya kain yang diperbuat daripada wool yang tanpa ditenun atau dalam kata lain kain ni tak dijahit.Ada juga kain jenis ni yang dari jenis polyester.Biasanya ramai yang akan guna kain jenis ni sebab kain ni ada macam-macam warna yang boleh buat orang rambang mata.Sebab tu ramai orang buat barang budak-budak guna kain jenis ni.Bukan takat banyak warna tapi kain ni pun senang nak jahit...takpayah jahit pun takpa,boleh je gam je kain ni sebab kain ni senang nak handle sebab ada pelbagai jenis saiz dan ketebalan so kalau nak jahit pun kain ni tak bergerak.Yang paling orang suka guna sebab takpayah susah susah nak pergi hantar jahit tepi dekat kedai sebab kain ni tak berbulu langsung.Yang pasti basuh dulu kain tu sebelum guna.Kain tafeta velvet ni pulak macam kain baldu tapi sekarang banyakl dikenali sebagai kain yang diperbuat daripada kapas,velour,beludru dan kordoroi. Kain yang lain digunakan adalah kain jenis cotton..kain jenis cotton ni memang banyak..kita ada heavy cotton or cotton yang biasa,cotton yang licin bagai tu..tapi kalau nak sesuai buat produk macam ni heavy cotton atau cotton biasa tu lebih sesuai.Kain terry tu pulak kain yang biasa orang buat sweater,alaa baju sweater yang kita beli untuk panaskan badan tu..haa macam tu lah kain terry.Last sekali kain tuala..kain tuala tu macam kain tuala mandi yang kita guna hari-hari dekat rumah tu.Ha kain2 tu nanti saya update dalam blog ni okay..

Tuesday, October 13, 2015

Patchwork blanket untuk bayi ..

Okay,selain daripada patchwork blanket yang besar tu..Kak Zue turut membuat selimut cantum untuk bayi.Selimut bayi dibuat sebanyak tiga lapisan sebab lebih selesa untuk bayi kalau benda tu lebih tebal.So dalam gambar ni merupakan bahagian 'top' sebelum dilapiskan dengan kain lain.Bahagian 'top' ni Kak Zue menggunakan pelbagai jenis kain yang berwarna dan pelbagai bentuk sebab bayi lebih tertarik pada warna dan bentuk.Haa lepas permukaan 'top' tu dah siap ia harus diseterika bagi licin dulu ha sebab nak start buat teknik 'basting' iaitu teknik jelujur untuk 3layer yang akan membentuk selimut bayi ni.Bila dah selesai basting,teknik 'top stitch' boleh dimulakan bagi nak cantumkan lapisan tu..penjuru antara penjuru selimut tu mestilah dijahit.Cara cara proses melapis selimut :
  • Letakkan sehelai kain dekat bawah quilt bottom tudengan muka luar menghadap ke bawah
  • Letakkan batting atas lapisan 1 .(batting dikenali sebagai fiber keping)
  • Letakkan muka diatas quilt top di atas 'batting'
  • Lihat gambar betul betul..lepas tu pastikan saiz bottom lagi besar dari dengan 'batting' manakala saiz 'batting' tu kena lagi besar dari saiz 'top'
  • Lepas tu barulah boleh mula jahit jelujur atau 'basting'
  • Last sekali bolehlah akhirkan dengan 'top stiching'

Proses (teknik basting) sebelum memulakan "Top Stich' di atas kain..


Ini proses sebelum menjahit ,haa teknik ni dipanggil sebagai teknik basting.Haa mesti ramai tak tahu apa itu teknik basting.Teknik basting atau dalam kata lain ia dikenali sebagai jahit jelujur.Jahit jelujur tu adalah jahitan sementara yang digunakan bagi menahan kain tersebut bergerak atau berlari dari ukuran yang dah ditetapkan dan lebih memudahkan untuk menjahit sebab kain tu tak berlari.jahitan ini boleh dibuka sebaik saja jahitan kekal atau teknik top stiching tu dah dijahit atas permukaan kain tu masa nak cantumkan kain .Haa selepas dah basting barulah jahitan "topstich" boleh dimulakan .

Teknik "Top Stiching" bagi mencantumkan kain..

Selepas dijahit dan dicantum maka jadilah dan terhasil selimut patchwork..sampai sakit belakang Kak Zue jahit selimut ni...masih menggunakan teknik "top stich' pada kain cantuman tersebut .Kak Zue menggunakan pelbagai jenis corak fabrik bagi menghasilkan selimut yang mempunyai corak yang menarik. Oh..sebelum terlupa,ada satu tips sebelum nak mula jahit kain ni.Sebelum nak jahit atau potong,kain yang kita nak guna tu kita kena basuh dulu lpas tu jemur sampai kering ,lepas dah kering harus diseterika bagi kain tu licin dan tak berkedut,Semua step tu kena buat dulu sebelum potong atau jahit supaya kain yang kita nak jahit tu tak berkedut dan bila dan potong kain tu sama saiz ,dan yang paling penting supaya kain tu tak kecut nnti bila kita basuh sebab sebelum jahit tu kita dah basuh ..

Monday, October 12, 2015

Tips sebelum menjahit "Top Stitching"..


Teknik yang digunakan mnggunakan mesin jahit iaitu teknik "top stitching" . Teknik ini akan menjadi sedikit rumit kalau kita tidak meratakan kain tersebut.Kain yang nak dijahit dengan teknik ni mestilah diratakan dan sentiasa pastikan tak ada kedutan dekat setiap lapisan yang dilapis masa menjahit..takut takut nanti kain tu boleh terjahit sekali .,makanya kain tu kena ditetas balik .Patchwork yang digunakan dan dicantum diatas fabrik yang lain . Sebelum jahit kain harus dibasuh dan dipotong mengikut saiz yang kita nak jahit atas permukaan kain yang lain tersebut.

Patchwork Blanket yang telah siap dihasilkan ..


Ini adalah antara produk yang dihasilkan oleh Kak Zue iaitu selimut patchwork yang menggunakan corak ulangan .Gambar dibawah adalah teknik menyusun sebelum menjahit corak diatas kain tersebut bagi mendapatkan corak yang tepat dan sepadan .

Gambar sleeping bag dan gambar contoh kaedah yang akan digunakan iaitu kaedah patchwork yang menggunakan pelbagai jenis material ,warna dan juga corak .Sleeping bag yang hanya kelihatan kosong tidak bercorak kini akan di seri kan dengan kaedah patchwork yang akan ditambah pada sleeping bag tersebut . Patchwork yang menggunakan kain akan dijahit pada sleeping bag dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah yang akan diajar oleh sumber inspirasi saya iaitu Kak Zue . Sleeping bag ini akan dipenuhi oleh patchwork diluar dan didalam bahagian tersebut .Saya telah diajar beberapa jenis teknik bagi menghasilkan patchwork yang begini . Antara contoh teknik yang telah diajar akan saya uodate kan didalam blog ..

Ini adalah contoh sleeping bag yang akan digunakan bagi melengkapkan projek ini.

Tuesday, October 6, 2015

Antara contoh kaedah dan motif akan digunakan ..


Motif atau kaedah seperti ini yang akan digunakan bagi mencorakkan sleeping bag tersebut .
Biodata
Nama : Tengku Azuriyah binti Tengku Muhammad
Umur : 39 tahun
Alamat : No,24 jalan 3F,Taman Jati,Rawang
Jenis Perniagaan : Home base business(nametag,sulaman,patchwork,softoys)